“AWAK!
Kenapa awak pakai jersey saya?” Adnil
memandang geram bila kelibat Ayu Sofea muncul di ruang tamu. Dari atas ke bawah
dia memandang isterinya yang selamba sahaja memakai jersey basketball yang dibelinya di Manchester tahun lepas.
Sudahlah paras paha, tak pakai seluar pula tu. Nasib baik aku yang melihat,
kalau lelaki lain yang melihat tak ke naya
tu!
“Alah, daripada kau jeruk dalam almari tu baik aku
yang pakai. Bukan orang lain pun, isteri kau juga” Ayu melabuhkan punggung
bersebelahan Adnil. Alat kawalan jauh di capai. Adnil disebelahnya hanya
mencebik geram.
Malas dia hendak bertekak hanya disebabkan jersey yang sudah dirasmikan itu. Tak
luak pun, sekadar jersey buat apa nak
digaduhkan. Seluar bermuda aku pun dia bantai, inikan pula jersey aku. Matanya kembali tertumpu ke laptop yang tadi tertunda
kerana kerenah isterinya yang sangat ‘sweet’.
Ayu mengeluh panjang. Rancangan TV dihadapannya langsung
tidak menarik perhatian. Wajah encik suami di pandang sekilas. Tekun encik
suami menyelesaikan assignment yang
diberikan tadi pagi. Siap buat dua lagi tu, satu untuk dia satu lagi encik
suami. Nak harapkan dia menyentuh keyboard
laptop alamatnya tunggu gajah kahwin dengan kucinglah tu.
Samsung Note III dicapai. Dibelek aplikasi WhatsApp.
Tiada satu mesej pun timbul. Dia mengeluh lagi. Matanya kembali tertumpu ke
kaca TV. Bosan betul bila duduk depan TV saja, mamat kat sebelah ni pula buat tak tahu aku kat sebelah dia. Huh!
Kruek!
Perut Ayu tiba-tiba mengeluarkan bunyi. Bunyi
menandakan perutnya minta diisi. Adnil sedar akan bunyi itu, tangannya masih
ligat menaip di atas keyboard. Ayu
memandang wajah Adnil, Adnil pula buat-buat tak tahu. Faham akan pandangan itu,
lebih baik buat tak tahu saja!
Oh, kau tak pandang aku ya…tak apa..aku akan buat
kau pandang aku.
Terbit idea nakal di kepala Ayu. Sengaja dia
bersimpuh di atas sofa. Menampakkan lagi kulit putih gebunya. Hampir sahaja
menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya ditunjukkan. Dia mendekatkan lagi
badannya dengan Adnil. Jelas terdengar desakan nafas Adnil yang sudah tidak
teratur. Matanya masih lagi menatap skrin laptopnya.
Tangan Ayu mula bermain di bidang dada Adnil. Lengan
sasa Adnil dielus lembut. Kepalanya pula dilentokkan ke bahu Adnil. Tangan
Adnil yang tekun menaip dicapai lalu dikucup lembut. Hangat kucupan itu. Terhenti
segala perlakuan Adnil di skrin laptop. Adnil terkaku sendiri.
Gulp!
Adnil telan liur. Cik isteri ni dah ekstrem! Pasti
ada sesuatu yang diminta. Ayu mendekatkan bibirnya ke telinga Adnil. Ingin
berbisik sesuatu. Adnil menghirup udara, mengambil oksigen kerana sudah tiada
ruang untuknya bernafas bila Ayu sudah mendekat dengannya.
“Sayang…” Ayu bersuara lembut. Adnil menelan air
liur lagi. Sudah tahu bila cik isteri berkelakuan sebegini pasti ada sesuatu.
“Sayang…perut nikan…lapar…minta diisi…sayang
masakkan untuk baby boleh?” Tahu dah! Cebik Adnil.
“Nak…nak makan apa?” soal Adnil dengan suara yang
tersekat-sekat. Walaupun sudah berulang-kali cik isteri berkelakuan sebegini,
rasa gugup itu tak pernah hilang. Rasa macam lepas marathon tujuh kali. Laju
saja rasa jantung tu.
“Mmm…Baby nak makan…lasagna” terbuntang luas mata
Adnil. Tang mana aku nak cari
bahan-bahan untuk buat lasagna? Malam pula tu!
“Tapi…baham tak ada…lagipun buat apa nak makan
lasagna? Mee goreng kan ada”
“Sebab…lasagna tu sexy…macam sayang…” pandai betul
cik isteri buat encik jantung ni berdegup kencang. Bila nak minta sesuatu pasti
cik isteri akan memujinya, bila tidak datanglah sikap gangsternya tu. Nakal
betul cik isteri ni!
“…lagi satu. Semalam Nani dah beli bahan…” sambung
Ayu. Dia tersenyum nakal. Hebat juga penangan aku tu, boleh cair encik suami.
Terus Adnil berdiri tegak sebaik sahaja Ayu
menghabiskan kata-katanya. Tidak sanggup untuk duduk berdua lama-lama bersama
cik isteri. Boleh cair dia nanti. Lagipun iman dia bukanlah kuat sangat.
Sekadar iman lelaki biasa seperti dia. Cik isteri ni pula malam-malam pakai
yang sexy-sexy, boleh lemah jantung den!
Bila difikirkan balik, macam manalah cerita cik
isteri dan dia bermula? Bagaimanalah dia boleh tunduk mendengar cakap si minah gangster ini. Mungkin itulah
dinamakan jodoh. Stawberi coklat punya pasal!
Best!!
BalasPadamAlhamdulilah, tima kasih daun keladi :)
Padamx sabar nak tahu jalan cerita yang seterusnya,,heee
BalasPadamhehe...saya pon...tima kasih sis :)
PadamLagi,lagi!! Bestlah!!! -^^-
BalasPadamhehe, insyallah tunggu besok ok ;)
PadamStrawberry coklat... Feveret ai. Tajuk yg memikat ai...
BalasPadamNak lagi... Cepat update ye dear. Heheheh
best..mengoda iman Ayu ni....u have talent...teruskan berkarya
BalasPadam