Khamis, 17 Oktober 2013

Jar of Heart - BAB 2


* THE HOLUCAUST *

Sesebuah cerita pasti ada permulaan…

AKU berlari. Semakin laju langkahku. Peluh di dahi aku kesat. Jantung sudah bergerak laju. Kakiku yang sakit aku hiraukan. Yang penting aku ingin meninggalkan lelaki yang sedang mengejarku dibelakang. Sangat menyeramkan. Laju langkahku. Bermacam bunyi aku dengar sepanjang jalan raya itu. Tapi aku hiraukan. Rasa takut itu hilang bila mengenang lelaki yang mengejarku tanpa henti. Langkahku besarkan.

Tercungp-cungap aku dibuatnya. Itu tidak penting. Yang penting sekarang laariiiii……

Sakit di bahagian kaki semakin terasa. Sudah banyak darah mengalir, semakin lebat jadinya. Penuh dengan tompokan merah pada bahagian hujung seluarku. Walaupun seluarku berwarna hitam, masih nampak kesannya. Menikan rasanya. Apa harus aku buat? Sedangkan nyawa aku lebih penting berbanding kakiku yang berdarah ini. Aku mengurut kepala. Memikirkan sesuatu.

Bila aku pandang belakang. Tiada lagi bayang-bayang lelaki mengejar aku. Aku mengurut dada berasa lega. Mungkin dia sudah pergi. Aku melabuhkan punggung betul-betul di tengah jalan raya yang hanya diterangi oleh tiang lampu yang terpacak sepanjang jalan raya itu. Agak seram juga, bila hanya ada aku seorang sahaja. Ah, hiraukan sajalah.

Bot kasut aku buka. Seluar aku selak tinggi hingga ke paras lutut. Stoking aku buka. Baru aku nampak luka di kakiku. Ada paku yang mencucuk kakiku. Sangat dalam. Aku pejamkan mata. Paku itu aku cabut perlahan. Perit rasanya!! Sudah berjaya aku mengurut dada. Kesan luka itu aku bersihkan menggunakan stokingku. Selesai, aku sarung bot ke kakiku tanpa stoking. Ak bangun dan berdiri.


Aku melangkah perlahan, lagipun bayang-bayang itu tidak ada lagi. Timpang aku berjalan. Semakin banyak darah keluar. Aku menahan sakit sambil menggigit bibirku. Walau kaki aku patah sekalipun, tetapii nyawa aku tidak diambil itu sudah baik. Nyawa aku lebih penting. Dan lelaki itu…entah aku tidak tahu apa maunya. 

Hush….hush…hush…hush….

Tiba-tiba sahaja ada bunyi orang melintas di belakangku. Aku cuba menenangkan diri. Aku hiraukan. Mungkin ada hantu yang ingin mengangguku. Apa lagi di tengah malam ini. Makin bertambah seramnya.

Hush…hush…hush…hush…

Lagi. Aku sudah mengigil ketakutan. Aku beriak tenang. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Aku lajukan langkahku ke hadapan. Tiba-tiba bayang-bayang itu berhenti betul-betul dihadapanku. Aku terkejut. Jantung bergerak laju. Jelas tidak nampak muka lelaki itu, kerana disekelilingny dipenuhi dengan asap. Aku mengundur selangkah ke belakang. Aku takut.

“Apa kau mahu ?” tanyaku kasar.

“Aku mahu bunuh engkau!” suaranya seperti orang berbisik tetapi seram bagiku. Aku hanya nampak taring giginya. Aku sudah tidak terdaya untuk berkata apalagi. Dengan langkah yang laju aku berlari meninggalkan dia.

Makin laju langkahku, bila bayang-bayang lelaki itu semakin dekat. Laju aku berlari. Lelaki itu semakan mendekat. Sekilas kepala aku menoleh ke belakang. Tidak ada. Tiada? Mana dia?

“Cari aku? Ingat kau akan terlepas?” dia betul-betul berada di hadapan aku. Aku berpaling belakang. Tetapi tidak berjaya dia ada di mana-mana.

“Apa kau nak sebenarnya ? Aku tidak ada apa-apa!!” herdikku. Aku geram dengan lelaki ini. Mengejar aku tanpa henti.

“Memang. Memang kau ada sesuatu pada kau. Serahkan barang itu kepada aku, atau aku bunuh engkau !!” ugutnya.

“Barang apa ? Aku tidak ada barang yang kau mahu”

“Ada…lebih baik kau serahkan sebelum aku bunuh engkau !!”

Aku mengeleng kepala. Aku tidak tahu apa yang dimahunya. Aku melangkah laju. Laju meninggalkan dia. Tetapi malang aku sudah tidak terdaya untuk berlari lagi. Tekak kering, dahaga. Tiada air yang boleh membasahi tekak ini. Tetapi aku hiraukan semua itu. Kakiku melangkah laju.

Vroom!!!

Tiba-tiba sebuah kereta Meredites berwarna hitam berhenti betul-betul ditengah jalan raya. Langkahku juga turut terhenti. Seorang lelaki keluar daripada bahagian pemandu. Lelaki itu memakai kaca mata hitam. Aku kerukan dahi. Apa lelaki itu sedang buat?

Bila aku toleh belakang bayang-bayang itu sudah dekat denganku.

“Arrghh!” jeritku. Lelaki berkaca mata hitam itu berjaya menghalangku daripada di bunuh oleh bayang-bayang itu.

“Masuk kereta” bisiknya.

Aku kerutkan dahi.

“Masuk kereta CEPAT!!!” jeritnya. Segera aku meloloskan diri dalam kereta mewah itu. Dari dalam aku nampak mereka tengah berbincang sesuatu. Lelaki kaca mata hitam itu mengeluarkan sesuatu di poket seluarnya. Pisau. Tajam. Tetapi dapatkah dia membunuh lelaki itu menggunakan pisau? Sedangkan lelaki itu hanya bayang-bayang…

Bila aku pandang. Bayang-bayang itu sudah tidak ada. Mustahil. Aku menggosok-gosok mataku. Betul tidak ada. Lelaki kaca mata hitam itu melangkah mendekati pintu kereta. Dia masuk dan melabuhkan punggung di bahagian pemandu. Seatbelt di pasang.

Dia menoleh ke arahku. “Seatbelt” bila dia berkata terus aku menarik seatbelt. Gear dimasukkan. Berderum keretanya.

Bila aku lihat hala yang ditujunya, ini bukan jalan ke rumah aku. Dia hendak bawa aku ke mana?

“Encik, rumah saya guna jalan raya sebelah sana”

“Siapa kata aku nak bawa kau balik ke rumah kau”

Aku kerutkan dahi. “Habis tu kita nak pergi mana ?”

“Holocaust”         

“Ah?”

***

MELOPONG mulutku bila kereta Meredites milik encik kaca mata hitam ini berhenti betul-betul dihadapan rumah mewah yang mempunyai lebih dari dua tingkat. Sebelum masuk ke dalam kawasan rumah ini, ada papan tanda berlabel “WELCOME TO THE HOLUCAUST”. Seram pula rasanya. Apatah lagi ada burung hantu bergayut pada ranting kayu. Sungguh aku tidak sedar bila sampai ke kawasan rumah ini.

Bila celik sahaja mata, kereta sudah menghampiri kawasan gate rumah ini. Baru aku tersedar. Lelaki disebelahku hanya diam dan fokus pada panduannya. Tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulutnya. Aku rasa kebosanan, tanpa sedar mataku terus terpejam. Sehinggalah aku tidak sedar yang sekarang aku berasa di rumah yang gah ini.

“Jom masuk” ajaknya. Aku terkebil-kebil, lantas mengekorinya dari belakang. Baru sahaja ingin menapak ke pintu utama, automatik pintu itu terbuka untuk kami. Aku terkejut.

Sekali lagi, melopong mulutku melihat isi rumah. Kaca-kaca kristal yang terhias di dalam almari menarik perhatianku. Juga perabot rumah yang agak seperti English Style. Nampaknya rumah ini tidak menggunakan elektrik, hanya lilin-lilin menjadi lampu rumah ini. Hampir terlupa aku. Cepat aku melangkah mengikutinya.

Seorang perempuan mendekati kami. Jelas nampak sahaja dari cara pakaiannya pasti pembantu rumah ini atau lebih mudah digelar sebagai Maid. Lelaki itu memberhentikan langkahnya. Seperti ingin berkata sesuatu. 

“G, tolong sediakan satu bilik kosong dan juga tab air berisi air panas atau suam-suam” arahnya tegas. Perempuan itu menunduk kepala tanda hormat.

“Baik, tuan” jawabnya.

Langkah dimajukan dan dia berhenti lagi. “Lagi satu, tolong bersihkan luka di kaki dia” aku memandang pelik. Aku tunduk melihat kakiku yang masih mengalirkan darah. Baru aku sedar kakiku tercucuk paku. Tapi rasa sakitnya sudah hilang. Ajaibnya!


“Eh, tak apa. Tak sakit lagi” aku cuba membantah. Aku tidak mahu menyusahkan dirinya lagi. Sudah nasib baik dia menyelamatkan aku di tengah jalan raya yang sepi.

“Kaki awak banyak kuman. Kalau tidak dibersihkan akan menjadi penyakit. Awak mahu mati hanya kerana darah?” ada ketegasan pada suaranya. Aku akur dan membontoti maid bernama G itu ke tingkat atas. Malas aku hendak bertekak.

Di tingkat atas, aku melintasi beberapa buah bilik. Setiap bilik ada yang berlabel NORMAN, LARA, MELISA ISKANDAR, RAYYAN ISKANDAR, AIZAD ISKANDAR, AIDAN ISKANDAR dan terakhir sekali ‘MELIA  ISKANDAR’ ?

Aku memandang pelik. MELIA, itu memang nama aku. Tetapi kenapa ada ISKANDAR di hujungnya? Dan sekarang G berhenti di hadapan pintu yang berlabel MELIA ISKANDAR. G membuka pintu bilik. Bilik yang hanya diterangi oleh lilin kecil. Gelap tetapi boleh nampak jelas ketika berada di dalam bilik.


Kakiku melangkah menghampiri katil bersize single. Patung bear putih ada diletakkan di bahagian tengah katil. Agak pelik. Biliknya tidaklah seseram bilik ini. Gelap pula tu. Yang penting kena bersyukur.

“Cik, sebentar lagi saya bersihkan luka di kaki cik. Kalau mahu mandi, bilik air ada tersedia di ruang sebelah kiri. Tuala dan pakaian cik sudah saya sediakan di dalam almari” ujar G sebelum berlalu keluar.

Aku mengangguk kepala.

Punggung dilabuhkan ke atas katil. Badannya direhatkan. Belum sempat mengira jam atau masa, matanya sudah tertutup rapat. Mungkin kerana keletihan. 

***

IAN, siapa dia?”

“Melia”

“Melia? Mana Ian jumpa dia?”

“Tak tahu”

“Ian! Serius sikit boleh tak? Di mana Ian jumpa Melia? Bagi tahu kakak sekarang!” herdik Melisa.

“Ian tak tahu! Ian tak ingat! Please jangan serabutkan otak Ian” hambur Ian lagi. Melisa mengetap bibir. Dia berpeluk tubuh memandang adiknya.

“Dia tahu siapa dia yang sebenarnya ?”

“Entah. Ian tak tanya dia lagi”

“Ingat pesan ayah. Jangan beritahu dia selagi dia tidak tahu siapa diri dia yang sebenar. Lagi satu, jangan beritahu siapa kita yang sebenarnya. And, jangan suruh dia tinggalkan rumah ini. Never!” pesan Melisa.

“Kenapa?”

“Dia dalam bahaya”

“Bahaya? Bahaya apa? Dia bukannya apa-apa pun” sinis kata Ian.

“Ian tak tahu. Kakak boleh tengok. Ian tak ingat perkara tadi?”

Ian cuba mengingatkan kembali perkara yang berlaku semalam. Tetapi otaknya langsung tidak berfungsi untuk mengingatkan perkara-perkara semalam. Bagaimanakah dia boleh lupa? Sedangkan dia boleh mengingati sesuatu perkara dengan mudah, tetapi perkara semalam langsung tidak tersimpan dalam memorinya.

“Tak. Ian tak ingat”

“Macam mana boleh?”

Mereka berdua berdiam diri. Masing-masing memikirkan sesuatu. Lantai menjadi tumpuan mereka berdua. Ian hanya diam memandang tingkap. Manakala Melisa menunduk memandang lantai.

“Hanya Melia sahaja tahu jawapannya” ujar Melisa dengan penuh yakin.

“Melia?”

“Well, well, kita ada tetamu baru di sini?” tiba-tiba Aidann muncul dari tingkat atas. Ian dan Melisa memandang Aidan pelik.

“Apa maksud Aidan?” tanya Melisa.

Aidan duduk di atas sofa sambil tangannya memegang kelas kaca yang berisi Wine. “Aidan boleh hidu dan Aidan boleh dengar ada suara baru dalam rumah ini. Siapa dia?”

“Melia” serentak Ian dan Melisa menjawab.

“Melia? Melia Norman?”

Ian mengangguk kepala.

 “Our soon will be Hero of Veans?” kakinya disilangkan. Winenya diteguk.

Ian dan Melisa memandang sesama sendiri.


“Mungkin…” hanya itu jawapan dari mulut Melisa. Kemudian masing-masing mendiamkan diri. 




3 ulasan:

  1. menariknya... dunia magik... bestnya....

    BalasPadam
  2. i in achievement activate this anchor complete complete for starting any business from America for outsourcing...you in achievement accretion a complete way to adjustment the business and get the complete peoples.
    HealthCare CPA

    BalasPadam
  3. best!.. harap aina aisya cepat sambung ya? x sbr mnanti..

    BalasPadam