“CEPATLAH,
beb”
Ayu Sofea mencemik malas. Beg jenama Gelato sudah
diberikan kepada Nadia. Dia menunduk melipat seluarnya hingga paras paha.
Rambut pula disanggul tinggi. Jari diletup beberapa kali.
“Tak payahlah nak tunjuk cool sangat, kau panjat pagar aja pun” cebik Nadia.
Tanpa menghiraukan kata-kata Nadia, Ay uterus melompat
dan memanjat ke atas pagar. Sebaik sahaja kakinya mendarat, cepat sahaja dia
mencapai botol mineral dan terus mengetuk kepala Nadia menggunakan botol
mineral. Rasakan!
“Wei, kau ni apahal?! Aku usik sikit pun dah sentap”
Nadia mengosok-gosok kepalanya yang menjadi sasaran Ayu.
Ayu menjeling geram. “Fifi mana?”
“Ah, biasalah minah tu…pergi dating”
“Syoknya dia pergi dating tak ajak kita”
“Buat apa nak ajak kau, buat kacau adalah. Dah, jom
aku malas nak dengar ‘makcik-makcik’ membebel pagi buta ni…buat hilang mood aku jerr” Nadia mengutip begnya di atas rumput. Kemudian mereka berdua
bergerak menuju ke koridor belakang kolej. Bunyi tapak kasut diperlahankan.
Takut-takut ada yang sedar akan kehadiran mereka.
“Kau rasa kali ni kantoi tak?” bisik Nadia.
“Kalau kau tak bising tak kantoi punya” balas Ayu
dalam keadaan berbisik. Langkah dimajukan ke hadapan, “Aku chaw dulu, jumpa kau kelas kat kelas nanti” ujar Ayu sebelum berlalu
pergi untuk ke kelasnya. Kerana pada pagi ini sahaja mereka berdua berlainan
kelas, sementara aja pun.
“Ok”
Ayu berlari menuju ke koridor sebelah kanannya. Di
mana menempatkan lecturer theatre.
Jam tangan dibelek, masih menunjukkan 7.57 pagi. Bermakna ada 3 minit saja
untuknya pergi ke kelas. Kalau tak, sedia-sedialah mendengar bebelan dari ‘makcik’
tersayang!
Laju kakinya melangkah. Bila kakinya melangkah laju,
hampir saja dia terjatuh kerana ikatan tali kasut sneakersnya terlepas. Ayu
merengus. Time-time macam nilah kasut
aku ni buat hal. Cepat tangannya mengikat tali kasut. Tiba-tiba…
Buk!
Terasa sakit bila dilanggar begitu saja. Aku
mendongak. “Hoi, buta ke?” jeritnya. Lelaki yang melanggarnya.
Amboi, cari gaduh nampak!
Ayu sekali lagi mencapai botol mineralnya. Lelaki
yang tidak jauh daripadanya itu dibaling menggunakan botol mineral. Sekali…
Buk!
Tepat pada sasarannya. Adnil menoleh, dia menggosok
kepalanya. Ayu melangkah mendekati Adnil. Nafasnya sudah turun naik menahan api
kemarahannya.
“Kau ni buta ke apa? Aku besar-besar tercongok kat
sana pun kau tak nampak? Hah?!” marah Ayu. Adnil menunduk diam.
“Ma…maaf…saya…saya tak…sengaja” Adnil masih menundukkan
kepala. Takut dia melihat wajah Ayu yang sedang marah. Lagipun memang salah
dia.
Sempat juga Ayu memandang Adnil dari atas hingga ke
bawah. Mamat ni tak pernah aku jumpa,
orang baru ek? Ada bajet juga…tapi sayang…dia bukan type aku.
“Maaf-maaf, tu je yang kau tahu?” cebik Ayu. “Aku
luku sekali kang!” Ayu menunjukkan
buku limanya. Geram melihat Adnil yang langsung tidak memberi tindak balas.
“Adnil!” jerit Fern dari jauh. Segera dia membuka
langkah menghampiri Adnil apabila terlihat sosok tubuh Ayu Sofea.
“Kau okey? Tak apa-apa?” soal Fern sambil
membelek-belek tubuh badan Adnil Adnil pula mengerutkan dahi. Apa kena?
“Okey je…” balas Adnil perlahan.
“Apa kau ingat aku hentam dia? Hei, kalau tak sebab
kau yang datang dia ni dah masuk hospitaltahu. Lagipun aku tengok dia ni
lembik, tak nak aku!”
“Ayu!” herdik Fern. Terkejut Adnil jadinya.
“Apa?! Nak marah aku? Hah! Cubalah!” marah Ayu. Ada
hati nak marah aku!
“T-t-t-taakkk….” nafi Fern. Fuh, nasib baik tak
terlepas kalau tak dah makan buku lima aku…nasib-nasib…
“Eee…geli aku tengok kau orang berdua ni, sotong ke?”
sempat lagi Ayu mengusik sebelum meninggalkan Adnil dan Fern berdua. Malas
hendak melayan orang sotong! Lembik.
“Kau betul-betul tak apa ke?” soal Fern lagi. Adnil
menggeleng sambil mengerutkan dahi. Pelik dengan pertanyaan Adnil. Lagipun dia
pelajar baru di sini, langsung tidak tahu menahu tentang kolej ini.
“Aku nak beritahu kau, hati-hati dengan Ayu Sofea
tu. Kalau kau terserempak ngan dia
lagi cepat-cepat lari, kalau tak…sedia-sedialah…” ujar Fern.
“Ayu Sofea?”
“Yang tadi tu…” Adnil angguk kepala. Ayu Sofea,
cantik tapi…sayang mulut dia berbisa.
“Dah jom” ajak Fern. Mereka berjalan beriringan
menuju ke lecturer theatre. Tidak
mahu dia merosakkan
mood Adnil yang
semangat untuk menghadiri kelas pertama pada semester pertama dalam tahun baru.
Lagipun ini tahun terakhir mereka sebelum menamatkan pembelajaran tahun ini.
SEBAIK
sahaja kakinya melangkah ke cafeteria
sudah kedengaran bunyi riuh-rendah pelajar-pelajar kolej itu. Matanya melilau
mencari tempat kosong. Nampaknya semua sudah dipenuhi. Tanpa sengaja matanya
tertancap pada tiga orang gadis yang rancak berbual. Sudah tahu siapa salah
seorang daripada gadis-gadis itu. Malas hendak memikirkan lebih baik dia
mencari tempat kosong.
Di satu sudut yang terpencil, Adnil melabuhkan
punggung di atas kerusi. Beg diletakkan di atas meja. Buku berbahasa inggeris
setebal 3000 muka surat dibelek. Dia mula membaca setiap ayat. Terus masuk ke
dalam otak. Buku tebal memang makanannya, boleh habis dalam satu hari. Sebab
itu, uminya siap menyediakan sebuah bilik khas untuknya ketika menuntut di US.
Sudah lima tahun dia menuntut di US, sejak sekolah
tinggi lagi. Tapi entah kenapa tahun ini hatinya tergerak untuk berpindah ke
tanah airnya. Bila tiba disini, rupa-rupanya umi dan abi sudah siap menyediakan
sebuah rumah tiga tingkat. Kata uminya, lebih baik tinggal dirumah sendiri
daripada di penthouse. Lagipun jarak
antara kolej dan rumahnya tidaklah jauh sangat.
Bila tiba sahaja di kolej pagi tadi, terus dia
dikenalkan kepada Fern. Mula-mula dia ingat Fern ini dari Thailand,
rupa-rupanya itu hanya sekadar gelaran bagi nama Fariq Hakim. Lagi-lagi dia
terkejut bila tanpa sengaja dia terlanggar seorang gadis. Punyalah takut dia!
Fuh!
Adnil mendongak kepalanya, dia memandang Ayu Sofea
sekilas. Memang dikatakan wajah Ayu Sofea memang cantik, boleh membuatkan tak
tidur malam. Siapalah lelaki yang bertuah itu nanti!
Bila dia senyum, orang yang tak kuat iman pun boleh
terjatuh! Aura dia kuat sangat. Nasib baik aku ni bukan jenis yang macam tu.
“Hye, Ayu!”
Adnil tersedar dari lamunannya tadi. Lantas dia mengalihkan pandangan kea rah seorang
gadis yang tiba-tiba menyapa Ayu. Ayu pula menayangkan cebikan. Siapa dia?
AYU
mencebik malas bila kelibat Lydia muncul di depan mata. Sakit matanya melihat
Lydia Gaga yang tergedik. Gincu sudahlah tebal, eyshadow dia macam kena lebam, bedak dia pula persis seperti opera
cina. Huh, gediknya!
“Nak show off
Prada dialah tu” bisik Nadia. Mata Ayu automatik tertancap pada beg Prada milik
Lydia. Memang! Siap gantung kat lengan pulak tu! Daa!
“Kau nak apa?” soal Ayu kasar. Lydia selamba
melabuhkan punggung berhadapanan dengan Ayu Sofea. Fifi merengus marah.
Suka-suka hati dia jerr ambil port sebelah aku…
“Alah, relakslah you. I dah lama tak jumpa you,
rindulah nak borak” Lydia bersuara manja. Hendak muntah Ayu mendengarnya. Lagi
satu, sejak bila dia pernah berborak ngan
Lydia Gaga ni? Nak tengok pun dah nak muntah! Uweekkk!
“Kau jangan merepek boleh tak? Kalau kau saja nak
bertekak ngan aku, baik kau blah sebelum aku simbah kau ngan air coke aku ni” ugut Ayu sambil
tangan memegang tin coke yang masih berisi.
“Eee…sombongnya you. I datang jumpa you just nak beritahu yang I pergi Paris
tahun lepas beli beg ni. Prada tau!” bangga Lydia berkata sambil
menunjuk-nunjukkan beg Prada yang tersangkut di bahunya.
Ayu, Nadia dan Fifi menjeling geram. Orang tak tanya
pun!
“Beb, kau
bantai dia ni” bisik Ayu ke telinga Nadia. Nadia tersenyum nakal. Dia merenung
beg Prada milik Lydia, timbul satu idea untuk mengenakan Lydia.
Kita tengok siapa mangsa hari ni!
“Eh, betul ke? Cantiknya…” Nadia berpura-pura
menyentuh beg Prada itu. Lydia tersenyum bangga. “Original ke ni Lydia? Manalah tahu kot made in China”
“Eh, mestilah…mahal tau I beli”
“Betul ke? Cuba I tengok, nak test original ke tak” Nadia menguntum senyum palsunya. Tanpa
berfikir, Lydia lantas menyerahkan beg Prada di tangannya. Lydia pula
berpura-pura membelek beg Prada itu. Zip beg dibuka dan…
Kreeek!
Beg Prada dikoyak dengan sekuat hati Nadia. Ayu dan
Fifi menahan tawa. Lydia sudah terlopong. Terkejut. Pelajar-pelajar yang tadi
sibuk dengan hal masing-masing tiba-tiba menumpukan perhatian kepada Lydia dan
Nadia.
“How dare you!!”
marah Lydia.
“Oopps!
Betul-betul original lah ni…” ujar
Nadia sambil menunjukkan riak yang tidak bersalah. Lydia merampas beg Prada
dari genggaman Nadia.
“You!” tunjuk jari hantu Lydia. Dia marah dan sudah
panas!
“What?”
kali ini Ayu menampilkan diri. “Kenapa? Nak tampar? Nak marah? Silakan…Aku tak
kisah…tapi kau tahu apa akibatnya”
Ayu menarik rambut Lydia supaya lebih mendekat
dengannya. Dia mendekati telinga Lydia, untuk berbisik.
“Ada aku kisah kau beli
beg baru? Hah?! Kalau kau cari masalah lagi ngan
aku, nahas kau!!” bisik Ayu dengan nada perlahan tapi bagi Lydia itu adalah
ugutan.
Sebaik sahaja Ayu menghabiskan kata-katanya, terus Lydia
mengangkat kaki. Dia tahu, ini bukan kali pertama dia bersikap sebegini sudah
imun dia dengan ugutan Ayu. Tapi itulah sikap dengkinya, selalu iri hati dengan
apa yang ada pada Ayu.
“Bye bye,
Lydia Gaga” sempat lagi Nadia mengusiknya. Nadia dan Ayu kembali ke tempat
duduk. Tapi ada sesuatu pelik, bila mereka melihat disekeliling. Semua orang
memandang mereka. Ada yang takut, ada yang mencebik. Ayu menjadi berang.
“Apa tengok-tengok? Beg kau orang tu nak kena koyak
juga?!!” tengking Ayu. Terus semua pelajar mengalihkan pandangan mereka. Takut
dengan ugutan Ayu. Ayu mencebik geram.
Tahulah aku cantik, tak payahlah tengok-tengok…
ADNIL
yang sedari tadi memerhatikan aksi pergaduhan koyak-mengoyak beg, sedikit
terkejut. Tidak sangka mereka sekejam itu, tak lah kejam sangat. Koyak beg saja
pun. Tapi memang tak patut diorang buat macam tu, tu kan harta benda orang. Dan
tetapi juga, memang perempuan gedik tadi tu salah. Siap show off beg lagi.
Hmm…kalau angah dan along tengok gerenti diorang
join sekali. Bukan dia tak tahu yang angah dan alongnya itu. Lebih parah kot!
Adnil membelek jam tangan jenama Rolex. Sudah
petang, rasanya sudah tiba masanya untuk pulang ke rumah. Lagipun angah nak singgah
sekejap. Lebih baik dia beredar dulu.
Adnil berdiri lalu mencapai beg dan bukunya. Tanpa
menghiraukan orang lain, terus dia berlalu keluar dari kolej itu.
SELESAI
sahaja mengerjakan solat asar, Adnil turun ke tingkat bawah. Badannya
direbahkan ke sofa Cleopatra. Alat kawalan jauh dicapai. Muncul cerita seram vampire di kaca TV. Aduh, sudahlah dia
anti sangat cerita seram ini. Lagi-lagi mengenai vampire. Okey, cuba saja. Dia mula tekun menonton setiap scene yang ditayangkan. Muncul saja scene vampire keluar….
Tiba-tiba terdengar pintu dikuak dari belakang.
Adnil sudah merasa dingin sejuk. Dalm hati dia sudah sedia membaca kalimah
Allah. Bantal kecil disebelah dicapai, dipeluk kuat-kuat. Matanya dipejamkan.
“Husshhh”
suara itu jelas kedengaran di telinga kirinya. Adnil masih lagi memejamkan
matanya. Rapat.
“Huussshhh”
sekali lagi bisikan itu kedengaran.
“Akuuu….naakkk….darahhh…kauuu” Adnil geleng kepala.
Tangannya sudah mengigil ketakutan.
“Jangann…aku nak hidup lagi…jangann” menggigil
suaranya.
“HAHAHA” tiba-tiba kedengaran pula ketawa seorang
perempuan. Adnil merasa pelik. Macam kenal saja tawa itu. Lantas dia membuka
mata dan menolah ke belakang.
“Angah!” marah Adnil Angahnya sudah enak
mengetawakannya. Kurang asam punya kakak! Adnil mencebik geram.
“HAHAHAHA” terbahak-bahak Adriana mentertawakan
adiknya. Lucu melihat aksi adiknya yang ketakutan itu.
“Gelak-gelak. Gelaklah puas-puas” cemik Adnil. Terus
dia menukar rancangan yang lain. Tak semena-mena aku jadi bahan gelak angah!
“HAHAHA, lawaklah dik. Lembik betul kau ni. Vampire tu punyalah hot” Adriana
melabuhkan punggung bersebelahan adiknya.
“Bila angah sampai?”
“Tadi dah. Angah tertidur, tu yang tak sedar Anil
dah balik” Adriana merampas bantal kecil dipelukan Adnil. Adnil hanya
membiarkannya. Sudah jadi hobi angahnya, merampas apa yang ada di tangannya.
“Dik, makanan kat peti ais tu kosong. Pergilah 7E
kejap. Dekat je pun…pergi-pergi” Adriana menolak-nolak bahu Adnil. Memaksanya
untuk pergi. Adnil mendengus geram.
“Angah lah pergi. Angah kan perempuan…” rungut
Adnil.
Adriana sudah berapi. Pantang dia bila orang tidak
mengikut arahannya. Dia memegang kepala Adnil, kemudian memeluk kepala itu
dengan ketiaknya.
“Oh, tak nak pergilah ni. Hah, tak nak pergi?”
“Angah! Apa ni?! Lepaslah…” Adnil sudah tidak
berdaya untuk bernafas bila kepalanya di peluk begitu.
“Nak pergi ke tak?” ugut Adriana.
Pufff.
“Yalah, Anil pergi” akhirnya mengalah juga. Terus dilepaskan pelukan itu.
Adriana tersenyum senang. Adnil mencemik bibir.
“Ni baru adik angah, meh sini kiss dulu” Adriana memuncungkan bibirnya. Lantas Adnil meninggalkan
kakaknya dengan cebikan. Bajet cantiklah sangat!
Huh, ingatkan aku yang bongsu ni akan dibelai kasih…jangan
haraplah! Makan hati aja.
ADNIL
berjalan pulang ke rumah sambil ais krim potong di mulut. Rasa-rasanya sudah
lama dia tidak menikmati air krim potong ini sejak berpindah ke US. Seingatnya,
lima tahun lalu. Baru sedar, sudah lama dia tidak menziarahi neneknya di
kampung. Rasa rindu pula.
Ais krim dikunyah. Langkahnya dimajukan. Sekilas dia
memandang pemandangan disekelilingnya yang seakan-akan berbeza dengan kampung
halamannya di US yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan tinggi. Tapi kat sini apa
kurangnya.
Buuk!
Adnil terkejut, automatik langkahnya terhenti. Terasa
sakit di bahagian belakang kepala. Cepat tangannya mengosok. Ah, mungkin ada
yang gugur kot. Terus dia memajukan
langkahnya.
“Hoi!”
Kedengaran suara jeritan dari belakangnya. Mungkin
orang lain kot. Tanpa rasa risau Adnil tersenyum melihat pemandangan yang segar
di waktu petang itu.
“Hoi!” sekali lagi kedengaran jeritan itu. Dia
menghiraukannya lagi.
Buuk!
Sekali lagi kepalanya dihumban dengan batu. Terus
dia menoleh ke belakang. Terlopong mulutnya apabila melihat sosok tubuh yang
berada di hadapannya.
“Kau ni pekak ke buta? Hah?!” marah Ayu. Geram dia
bila Adnil langsung tidak memberikan tindakan.
Adnil masih lagi terpaku. Penampilan gadis itu
diteliti dari atas ke bawah. T-shirt biasa dan seluar track? Tadi kemain dia
pakai lawa-lawa…
“Tak payahlah tenung aku macam tu…aku tahu aku
cantik” Adnil mencebik.
“Aku haus. Belikan aku coke. Cepat!” tiba-tiba saja
Ayu memberikan arahan. Adnil masih lagi tercengang.
“Wei, belikan aku coke lah!”
Adnil menadah tangan.
“Apa?”
“Duit?”
“Mak ai, kedekutnya kau…sedekah lah sikit. Bukan
main berat lagi plastik beg kau tu” perli Ayu. Aku mintak belikan coke pun dia
nak berkira, bukannya aku minta Ducati.
Terus Adnil berlari ke 7E. Takut nanti dia
dilayangkan penumbuk percuma. Tak ke naya
tu?!
Beberapa minit kemudian…
“Nah” Adnil menyerahkan tin minuman yang baru saja
dibelinya. Tercungap-cungap dia berlari kerana ingin
cepat.
“Kau tak pernah minum coke ek?” tanya Ayu pelik.
Adnil mengerutkan dahi.
“Tak”
“Patut” cemik Ayu. “Ke kau tak pandai membaca? Nak
aku ajar?” soal Ayu lagi.
Makin bertambah kerutan di dahi Adnil. “Kenapa?”
“Kau tengok betul-betul tin minuman ni” tunjuk Ayu.
Adnil terut merenung tin minuman yang baru sahaja diserahkannya.
“Ni pepsi bahlul,
aku nak coke. Coco Cola!” herdik Ayu. Sengaja ditekankan ayat terakhir itu.
Orang zaman apalah dia ni.
“Cepat tukar!” terus Adnil berlari semula ke 7E
untuk menukar tin minuman. Lagipun harganya sama. Tukar ajapun.
Beberapa minit kemudian…
“Nah” Adnil sudah tidak tahan. Dia melabuhkan
punggung ditepi jalan. Begitu juga Ayu. Tin Coke dibuka. Kemudian diteguk
rakus. Habis satu tin.
“Punyalah lama kau pergi tukar. Ke baru nak buat tin
besi?” perli Ayu. Adnil mencebik. Bukannya nak kata terima kasih, perli aku
pulak!
“Siapa nama kau?” tiba-tiba Ayu melontarkan soalan
kepadanya. Adnil mendongak memandang Ayu.
“Adnil Zariff. Panggil Adnil jerr”
“Kau tahu nama aku kan. Kau tinggal kat mana?” soal
Ayu lagi.
“Kat rumah warna coklat tu” Adnil menunjukkan
rumahnya. Mata Ayu mengikut yang ditunjukkan oleh Adnil.
“Hmm” Ayu angguk kepala. “Aku caw dulu. Oh ya, ‘kereta api’ kau terturun. Maaflah aku dah nampak boxer kau. Lain kali jaga, nanti aku
serang nanti kau, kau juga yang susah. Kena kahwin juga…” sengih Ayu selamba
sebelum meninggalkan Adnil.
Adnil mengerutkan dahi. Kereta api? Dia memandang
seluar jeansnya. Terturun! OMA! Macam mana aku boleh tak sedar? Anak dara pula
tu yang tengok, jatuh maruah aku! Aaah…
Ganas nya si Ayu ni >.<
BalasPadamhaha. watak dia memang ganas kak :)
Padambengap ler dh 2x kena bukkk....ganaih tul Ayu ni...
BalasPadamcomel .. OMA ! hahah ..love it <3
BalasPadamhahaha... lawaknya...tp ganas juga ayu tu...
BalasPadamsala aina,.boleh tlg email akak tak
BalasPadamredskat7@gmail.com asap ya.tqsm