Khamis, 17 Oktober 2013

Jar of Hearts - BAB 1


* THE BEGINNING *

JANGAN!! Jangan ambil anak aku!!!” jerit seorang perempuan yang baru sahaja selesai melahirkan anak. Tidak terdaya lagi untuknya bergerak. Lelaki itu sudah bertindak laju. Air mata mula mengalir. Si suami hanya mampu memeluk bahu si isteri. Tidak ada apa yang dapat dilakukan. Hanya dapat melihat si anak kecil pergi di ambil orang.

“MELIA!!! Anak mama!!” jerit perempuan itu lagi. Makin deras air mata mengalir membasahi pipi. Mukanya disembamkan ke dada suaminya. Si suami mengelus rambut si isteri. Tidak terdaya untuk berkata apa-apa, kerana dia juga turut merasa sedih.

“Sabar sayang…sabar” ucap si suami perlahan. Dia cuba menenangkan si isteri. Isterinya di bawa ke dalam pelukan. 

***

VEG, apa kita nak buat dengan bayi ini? Dia tidak ada apa-apa” bisik Quest. Bayi dalam dukungannya sedang enak dibuai lena. Mereka terbang perlahan agar bayi dalam dukungan Que tidak terganggu dari lena.

“Dia ada sesuatu. Ada sesuati yang berkuasa” balas Veg. Mereka mendarat di atas jalan raya yang agak sepi. Que menyerahkan bayi dalam dukungannya itu kepada Veg.

Veg sibuk, meneliti setiap inci tubuh milik si bayi kecil itu. Langsung tidak ada sesuatu yang ditinggalkan oleh ibu dan ayahnya. Veg mendengus marah.

“Shot! Takkan mereka tidak tinggalkan apa-apa. Mustahil!” marah Veg.

“Kan aku dah cakap Veg, bayi ini tidak ada apa-apa”

Veg sudah panas. Tidak dapat ditahan lagi. Dalam otaknya sekarang hanya satu perkara. Satu perkara yang akan mendatangkan maut.

“Que, jom gerak!” mereka berdua terbang ke atas langit meninggalkan bayi itu keseorangan. Bayi itu masih dalam lenanya. Tidak terngangu setiap satu suara pun. Ajaib sungguh!

***

BEBERAPA minit kemudian, tangisan si isteri mulai reda. Si suami meleraikan pelukan. Ingin tahu adakah si isteri sudah tidak menangis lagi. Si isteri meraba-raba sesuatu di bahagian lehernya. Habis laci meja diberkasnya. Tidak terjumpa barang yang dicarinya. Selimut diselak. Habis bertaburan barang olehnya. Si suami memandang pelik.

“Sayang, sayang cari apa ni?” tanya si suami.

“Rantai. Rantai Narnia”

Si suami memalingkan si isteri menghadapnya. Si isteri sudah cemas. Rantai yang dicarinya tiba-tiba sahaja hilang.

“Abang dah pasangkan ke leher Melia. Jangan risau dia akan selamat” tenang si suami berkata.

“Tapi abang…rantai itu…”

“Abang tahu. Tiada orang akan nampak rantai itu selain orang-orang Veanic sahaja. Bila dia dewasa nanti dia akan tahu, abang sudah beritahu Pern Randland tentang ini semua. Abang sudah tahu apa akan terjadi bila dia besar nanti. Sayang jangan risau, dia akan membesar dengan selamat. Bila masanya nanti…The Randland akan menjaga dia” tutur suaminya.

Si isteri melabuhkan punggung di atas sofa. Begitu juga si suami. “Abang, abang tahu tak betapa bahayanya dunia Miracle itu? Dia bukan manusia abang. Dia lain. Dia…” luah si isteri.

“Abang tahu. Melia lain dan kita juga lain. Abang tidak risau kerana abang tahu dan abang nampak apa yang akan terjadi. Dia seorang anak yang bijak, kuat, tidak takut, tabah dan berani. Sama macam kita. Macam sayang dan juga abang. Dia akan menjadi yang terbesar di antara kita semua” si isteri hanya tersenyum pilu. Kepala dilentokkan ke bahu suaminya.

“Tapi abang…kenapa? Kenapa Melia yang dipilih untuk mengharungi semua itu? Tidakkah ada orang lain selain Melia? Melia anak kita abang…” rintih hati si isteri.

“Sebab…” belum sempat dia berkata muncul lembaga besar dihadapan mereka.

“ABANG!!!!” jerit si isteri. Lampu tiba-tiba tertutup. Si suami sudah jatuh ke atas lantai. Darah mula mengalir dari dada. Veg dan Que muncul di dalam keadaan yang gelap-gelita. Kepala si suami di bawa ke pahanya.

“Hello, Lara. Nampaknya kita bertemu lagi” sapa Veg.

“Apa kau mahu?”

“Aku mahu Narnia”

“Narnia tidak ada. Aku dah buang”

“Kau jangan nak tipu aku. Sebelum maut kau datang, lebih baik kau beritahu aku” ugut Veg. Mata Veg melirik ke arah Que. Dia memberi arahan.

Que mengangguk faham. Leher Lara di cengkam kuat. Tanda dia sedang mengugut. “Aku tak akan beritahu kau tentang Narnia. Tak akan!”

Veg menghampiri Lara. Dia menundukkan kepala.

“Nampaknya kau lebih inginkan kematian daripada kehidupan”

Kuku telunjuknya ditujukan betul-betul ke leher Lara. Sedikit lagi menusuk ke leher Lara. “Selamat tinggal, Laraku” kukunya menusuk ke dalam leher Lara sebelum berbisik sesuatu. Berlumuran darah keluar dari leher Lara. Rebah dia ke atas lantai di sisi suaminya.

"Melia..." itulah kata terakhir yang disebutnya sebelum memejamkan mata. Mungkin sudah waktunya untuk dia meninggalkan dunia Veans. Waktunya sudah sampai. Selamat tinggal Veans...

Vegro dan Quest meninggalkan mereka berdua. Mereka terbang ke atas langit seperti tidak berlaku sesuatu. Jelas kelihatan dari riak wajah mereka ada senyuman. Seperti dunia ini sudah menjadi milik mereka. Dalam hati mereka sudah tertawa dengan riangnya. Selamat tinggal NormanLara ucapnya dalam hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan