Khamis, 17 Oktober 2013

Jar of Heart - BAB 2


* THE HOLUCAUST *

Sesebuah cerita pasti ada permulaan…

AKU berlari. Semakin laju langkahku. Peluh di dahi aku kesat. Jantung sudah bergerak laju. Kakiku yang sakit aku hiraukan. Yang penting aku ingin meninggalkan lelaki yang sedang mengejarku dibelakang. Sangat menyeramkan. Laju langkahku. Bermacam bunyi aku dengar sepanjang jalan raya itu. Tapi aku hiraukan. Rasa takut itu hilang bila mengenang lelaki yang mengejarku tanpa henti. Langkahku besarkan.

Tercungp-cungap aku dibuatnya. Itu tidak penting. Yang penting sekarang laariiiii……

Sakit di bahagian kaki semakin terasa. Sudah banyak darah mengalir, semakin lebat jadinya. Penuh dengan tompokan merah pada bahagian hujung seluarku. Walaupun seluarku berwarna hitam, masih nampak kesannya. Menikan rasanya. Apa harus aku buat? Sedangkan nyawa aku lebih penting berbanding kakiku yang berdarah ini. Aku mengurut kepala. Memikirkan sesuatu.

Bila aku pandang belakang. Tiada lagi bayang-bayang lelaki mengejar aku. Aku mengurut dada berasa lega. Mungkin dia sudah pergi. Aku melabuhkan punggung betul-betul di tengah jalan raya yang hanya diterangi oleh tiang lampu yang terpacak sepanjang jalan raya itu. Agak seram juga, bila hanya ada aku seorang sahaja. Ah, hiraukan sajalah.

Bot kasut aku buka. Seluar aku selak tinggi hingga ke paras lutut. Stoking aku buka. Baru aku nampak luka di kakiku. Ada paku yang mencucuk kakiku. Sangat dalam. Aku pejamkan mata. Paku itu aku cabut perlahan. Perit rasanya!! Sudah berjaya aku mengurut dada. Kesan luka itu aku bersihkan menggunakan stokingku. Selesai, aku sarung bot ke kakiku tanpa stoking. Ak bangun dan berdiri.


Aku melangkah perlahan, lagipun bayang-bayang itu tidak ada lagi. Timpang aku berjalan. Semakin banyak darah keluar. Aku menahan sakit sambil menggigit bibirku. Walau kaki aku patah sekalipun, tetapii nyawa aku tidak diambil itu sudah baik. Nyawa aku lebih penting. Dan lelaki itu…entah aku tidak tahu apa maunya. 

Hush….hush…hush…hush….

Tiba-tiba sahaja ada bunyi orang melintas di belakangku. Aku cuba menenangkan diri. Aku hiraukan. Mungkin ada hantu yang ingin mengangguku. Apa lagi di tengah malam ini. Makin bertambah seramnya.

Hush…hush…hush…hush…

Lagi. Aku sudah mengigil ketakutan. Aku beriak tenang. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Aku lajukan langkahku ke hadapan. Tiba-tiba bayang-bayang itu berhenti betul-betul dihadapanku. Aku terkejut. Jantung bergerak laju. Jelas tidak nampak muka lelaki itu, kerana disekelilingny dipenuhi dengan asap. Aku mengundur selangkah ke belakang. Aku takut.

“Apa kau mahu ?” tanyaku kasar.

“Aku mahu bunuh engkau!” suaranya seperti orang berbisik tetapi seram bagiku. Aku hanya nampak taring giginya. Aku sudah tidak terdaya untuk berkata apalagi. Dengan langkah yang laju aku berlari meninggalkan dia.

Makin laju langkahku, bila bayang-bayang lelaki itu semakin dekat. Laju aku berlari. Lelaki itu semakan mendekat. Sekilas kepala aku menoleh ke belakang. Tidak ada. Tiada? Mana dia?

“Cari aku? Ingat kau akan terlepas?” dia betul-betul berada di hadapan aku. Aku berpaling belakang. Tetapi tidak berjaya dia ada di mana-mana.

“Apa kau nak sebenarnya ? Aku tidak ada apa-apa!!” herdikku. Aku geram dengan lelaki ini. Mengejar aku tanpa henti.

“Memang. Memang kau ada sesuatu pada kau. Serahkan barang itu kepada aku, atau aku bunuh engkau !!” ugutnya.

“Barang apa ? Aku tidak ada barang yang kau mahu”

“Ada…lebih baik kau serahkan sebelum aku bunuh engkau !!”

Aku mengeleng kepala. Aku tidak tahu apa yang dimahunya. Aku melangkah laju. Laju meninggalkan dia. Tetapi malang aku sudah tidak terdaya untuk berlari lagi. Tekak kering, dahaga. Tiada air yang boleh membasahi tekak ini. Tetapi aku hiraukan semua itu. Kakiku melangkah laju.

Vroom!!!

Tiba-tiba sebuah kereta Meredites berwarna hitam berhenti betul-betul ditengah jalan raya. Langkahku juga turut terhenti. Seorang lelaki keluar daripada bahagian pemandu. Lelaki itu memakai kaca mata hitam. Aku kerukan dahi. Apa lelaki itu sedang buat?

Bila aku toleh belakang bayang-bayang itu sudah dekat denganku.

“Arrghh!” jeritku. Lelaki berkaca mata hitam itu berjaya menghalangku daripada di bunuh oleh bayang-bayang itu.

“Masuk kereta” bisiknya.

Aku kerutkan dahi.

“Masuk kereta CEPAT!!!” jeritnya. Segera aku meloloskan diri dalam kereta mewah itu. Dari dalam aku nampak mereka tengah berbincang sesuatu. Lelaki kaca mata hitam itu mengeluarkan sesuatu di poket seluarnya. Pisau. Tajam. Tetapi dapatkah dia membunuh lelaki itu menggunakan pisau? Sedangkan lelaki itu hanya bayang-bayang…

Bila aku pandang. Bayang-bayang itu sudah tidak ada. Mustahil. Aku menggosok-gosok mataku. Betul tidak ada. Lelaki kaca mata hitam itu melangkah mendekati pintu kereta. Dia masuk dan melabuhkan punggung di bahagian pemandu. Seatbelt di pasang.

Dia menoleh ke arahku. “Seatbelt” bila dia berkata terus aku menarik seatbelt. Gear dimasukkan. Berderum keretanya.

Bila aku lihat hala yang ditujunya, ini bukan jalan ke rumah aku. Dia hendak bawa aku ke mana?

“Encik, rumah saya guna jalan raya sebelah sana”

“Siapa kata aku nak bawa kau balik ke rumah kau”

Aku kerutkan dahi. “Habis tu kita nak pergi mana ?”

“Holocaust”         

“Ah?”

***

MELOPONG mulutku bila kereta Meredites milik encik kaca mata hitam ini berhenti betul-betul dihadapan rumah mewah yang mempunyai lebih dari dua tingkat. Sebelum masuk ke dalam kawasan rumah ini, ada papan tanda berlabel “WELCOME TO THE HOLUCAUST”. Seram pula rasanya. Apatah lagi ada burung hantu bergayut pada ranting kayu. Sungguh aku tidak sedar bila sampai ke kawasan rumah ini.

Bila celik sahaja mata, kereta sudah menghampiri kawasan gate rumah ini. Baru aku tersedar. Lelaki disebelahku hanya diam dan fokus pada panduannya. Tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulutnya. Aku rasa kebosanan, tanpa sedar mataku terus terpejam. Sehinggalah aku tidak sedar yang sekarang aku berasa di rumah yang gah ini.

“Jom masuk” ajaknya. Aku terkebil-kebil, lantas mengekorinya dari belakang. Baru sahaja ingin menapak ke pintu utama, automatik pintu itu terbuka untuk kami. Aku terkejut.

Sekali lagi, melopong mulutku melihat isi rumah. Kaca-kaca kristal yang terhias di dalam almari menarik perhatianku. Juga perabot rumah yang agak seperti English Style. Nampaknya rumah ini tidak menggunakan elektrik, hanya lilin-lilin menjadi lampu rumah ini. Hampir terlupa aku. Cepat aku melangkah mengikutinya.

Seorang perempuan mendekati kami. Jelas nampak sahaja dari cara pakaiannya pasti pembantu rumah ini atau lebih mudah digelar sebagai Maid. Lelaki itu memberhentikan langkahnya. Seperti ingin berkata sesuatu. 

“G, tolong sediakan satu bilik kosong dan juga tab air berisi air panas atau suam-suam” arahnya tegas. Perempuan itu menunduk kepala tanda hormat.

“Baik, tuan” jawabnya.

Langkah dimajukan dan dia berhenti lagi. “Lagi satu, tolong bersihkan luka di kaki dia” aku memandang pelik. Aku tunduk melihat kakiku yang masih mengalirkan darah. Baru aku sedar kakiku tercucuk paku. Tapi rasa sakitnya sudah hilang. Ajaibnya!


“Eh, tak apa. Tak sakit lagi” aku cuba membantah. Aku tidak mahu menyusahkan dirinya lagi. Sudah nasib baik dia menyelamatkan aku di tengah jalan raya yang sepi.

“Kaki awak banyak kuman. Kalau tidak dibersihkan akan menjadi penyakit. Awak mahu mati hanya kerana darah?” ada ketegasan pada suaranya. Aku akur dan membontoti maid bernama G itu ke tingkat atas. Malas aku hendak bertekak.

Di tingkat atas, aku melintasi beberapa buah bilik. Setiap bilik ada yang berlabel NORMAN, LARA, MELISA ISKANDAR, RAYYAN ISKANDAR, AIZAD ISKANDAR, AIDAN ISKANDAR dan terakhir sekali ‘MELIA  ISKANDAR’ ?

Aku memandang pelik. MELIA, itu memang nama aku. Tetapi kenapa ada ISKANDAR di hujungnya? Dan sekarang G berhenti di hadapan pintu yang berlabel MELIA ISKANDAR. G membuka pintu bilik. Bilik yang hanya diterangi oleh lilin kecil. Gelap tetapi boleh nampak jelas ketika berada di dalam bilik.


Kakiku melangkah menghampiri katil bersize single. Patung bear putih ada diletakkan di bahagian tengah katil. Agak pelik. Biliknya tidaklah seseram bilik ini. Gelap pula tu. Yang penting kena bersyukur.

“Cik, sebentar lagi saya bersihkan luka di kaki cik. Kalau mahu mandi, bilik air ada tersedia di ruang sebelah kiri. Tuala dan pakaian cik sudah saya sediakan di dalam almari” ujar G sebelum berlalu keluar.

Aku mengangguk kepala.

Punggung dilabuhkan ke atas katil. Badannya direhatkan. Belum sempat mengira jam atau masa, matanya sudah tertutup rapat. Mungkin kerana keletihan. 

***

IAN, siapa dia?”

“Melia”

“Melia? Mana Ian jumpa dia?”

“Tak tahu”

“Ian! Serius sikit boleh tak? Di mana Ian jumpa Melia? Bagi tahu kakak sekarang!” herdik Melisa.

“Ian tak tahu! Ian tak ingat! Please jangan serabutkan otak Ian” hambur Ian lagi. Melisa mengetap bibir. Dia berpeluk tubuh memandang adiknya.

“Dia tahu siapa dia yang sebenarnya ?”

“Entah. Ian tak tanya dia lagi”

“Ingat pesan ayah. Jangan beritahu dia selagi dia tidak tahu siapa diri dia yang sebenar. Lagi satu, jangan beritahu siapa kita yang sebenarnya. And, jangan suruh dia tinggalkan rumah ini. Never!” pesan Melisa.

“Kenapa?”

“Dia dalam bahaya”

“Bahaya? Bahaya apa? Dia bukannya apa-apa pun” sinis kata Ian.

“Ian tak tahu. Kakak boleh tengok. Ian tak ingat perkara tadi?”

Ian cuba mengingatkan kembali perkara yang berlaku semalam. Tetapi otaknya langsung tidak berfungsi untuk mengingatkan perkara-perkara semalam. Bagaimanakah dia boleh lupa? Sedangkan dia boleh mengingati sesuatu perkara dengan mudah, tetapi perkara semalam langsung tidak tersimpan dalam memorinya.

“Tak. Ian tak ingat”

“Macam mana boleh?”

Mereka berdua berdiam diri. Masing-masing memikirkan sesuatu. Lantai menjadi tumpuan mereka berdua. Ian hanya diam memandang tingkap. Manakala Melisa menunduk memandang lantai.

“Hanya Melia sahaja tahu jawapannya” ujar Melisa dengan penuh yakin.

“Melia?”

“Well, well, kita ada tetamu baru di sini?” tiba-tiba Aidann muncul dari tingkat atas. Ian dan Melisa memandang Aidan pelik.

“Apa maksud Aidan?” tanya Melisa.

Aidan duduk di atas sofa sambil tangannya memegang kelas kaca yang berisi Wine. “Aidan boleh hidu dan Aidan boleh dengar ada suara baru dalam rumah ini. Siapa dia?”

“Melia” serentak Ian dan Melisa menjawab.

“Melia? Melia Norman?”

Ian mengangguk kepala.

 “Our soon will be Hero of Veans?” kakinya disilangkan. Winenya diteguk.

Ian dan Melisa memandang sesama sendiri.


“Mungkin…” hanya itu jawapan dari mulut Melisa. Kemudian masing-masing mendiamkan diri. 




Jar of Hearts - BAB 1


* THE BEGINNING *

JANGAN!! Jangan ambil anak aku!!!” jerit seorang perempuan yang baru sahaja selesai melahirkan anak. Tidak terdaya lagi untuknya bergerak. Lelaki itu sudah bertindak laju. Air mata mula mengalir. Si suami hanya mampu memeluk bahu si isteri. Tidak ada apa yang dapat dilakukan. Hanya dapat melihat si anak kecil pergi di ambil orang.

“MELIA!!! Anak mama!!” jerit perempuan itu lagi. Makin deras air mata mengalir membasahi pipi. Mukanya disembamkan ke dada suaminya. Si suami mengelus rambut si isteri. Tidak terdaya untuk berkata apa-apa, kerana dia juga turut merasa sedih.

“Sabar sayang…sabar” ucap si suami perlahan. Dia cuba menenangkan si isteri. Isterinya di bawa ke dalam pelukan. 

***

VEG, apa kita nak buat dengan bayi ini? Dia tidak ada apa-apa” bisik Quest. Bayi dalam dukungannya sedang enak dibuai lena. Mereka terbang perlahan agar bayi dalam dukungan Que tidak terganggu dari lena.

“Dia ada sesuatu. Ada sesuati yang berkuasa” balas Veg. Mereka mendarat di atas jalan raya yang agak sepi. Que menyerahkan bayi dalam dukungannya itu kepada Veg.

Veg sibuk, meneliti setiap inci tubuh milik si bayi kecil itu. Langsung tidak ada sesuatu yang ditinggalkan oleh ibu dan ayahnya. Veg mendengus marah.

“Shot! Takkan mereka tidak tinggalkan apa-apa. Mustahil!” marah Veg.

“Kan aku dah cakap Veg, bayi ini tidak ada apa-apa”

Veg sudah panas. Tidak dapat ditahan lagi. Dalam otaknya sekarang hanya satu perkara. Satu perkara yang akan mendatangkan maut.

“Que, jom gerak!” mereka berdua terbang ke atas langit meninggalkan bayi itu keseorangan. Bayi itu masih dalam lenanya. Tidak terngangu setiap satu suara pun. Ajaib sungguh!

***

BEBERAPA minit kemudian, tangisan si isteri mulai reda. Si suami meleraikan pelukan. Ingin tahu adakah si isteri sudah tidak menangis lagi. Si isteri meraba-raba sesuatu di bahagian lehernya. Habis laci meja diberkasnya. Tidak terjumpa barang yang dicarinya. Selimut diselak. Habis bertaburan barang olehnya. Si suami memandang pelik.

“Sayang, sayang cari apa ni?” tanya si suami.

“Rantai. Rantai Narnia”

Si suami memalingkan si isteri menghadapnya. Si isteri sudah cemas. Rantai yang dicarinya tiba-tiba sahaja hilang.

“Abang dah pasangkan ke leher Melia. Jangan risau dia akan selamat” tenang si suami berkata.

“Tapi abang…rantai itu…”

“Abang tahu. Tiada orang akan nampak rantai itu selain orang-orang Veanic sahaja. Bila dia dewasa nanti dia akan tahu, abang sudah beritahu Pern Randland tentang ini semua. Abang sudah tahu apa akan terjadi bila dia besar nanti. Sayang jangan risau, dia akan membesar dengan selamat. Bila masanya nanti…The Randland akan menjaga dia” tutur suaminya.

Si isteri melabuhkan punggung di atas sofa. Begitu juga si suami. “Abang, abang tahu tak betapa bahayanya dunia Miracle itu? Dia bukan manusia abang. Dia lain. Dia…” luah si isteri.

“Abang tahu. Melia lain dan kita juga lain. Abang tidak risau kerana abang tahu dan abang nampak apa yang akan terjadi. Dia seorang anak yang bijak, kuat, tidak takut, tabah dan berani. Sama macam kita. Macam sayang dan juga abang. Dia akan menjadi yang terbesar di antara kita semua” si isteri hanya tersenyum pilu. Kepala dilentokkan ke bahu suaminya.

“Tapi abang…kenapa? Kenapa Melia yang dipilih untuk mengharungi semua itu? Tidakkah ada orang lain selain Melia? Melia anak kita abang…” rintih hati si isteri.

“Sebab…” belum sempat dia berkata muncul lembaga besar dihadapan mereka.

“ABANG!!!!” jerit si isteri. Lampu tiba-tiba tertutup. Si suami sudah jatuh ke atas lantai. Darah mula mengalir dari dada. Veg dan Que muncul di dalam keadaan yang gelap-gelita. Kepala si suami di bawa ke pahanya.

“Hello, Lara. Nampaknya kita bertemu lagi” sapa Veg.

“Apa kau mahu?”

“Aku mahu Narnia”

“Narnia tidak ada. Aku dah buang”

“Kau jangan nak tipu aku. Sebelum maut kau datang, lebih baik kau beritahu aku” ugut Veg. Mata Veg melirik ke arah Que. Dia memberi arahan.

Que mengangguk faham. Leher Lara di cengkam kuat. Tanda dia sedang mengugut. “Aku tak akan beritahu kau tentang Narnia. Tak akan!”

Veg menghampiri Lara. Dia menundukkan kepala.

“Nampaknya kau lebih inginkan kematian daripada kehidupan”

Kuku telunjuknya ditujukan betul-betul ke leher Lara. Sedikit lagi menusuk ke leher Lara. “Selamat tinggal, Laraku” kukunya menusuk ke dalam leher Lara sebelum berbisik sesuatu. Berlumuran darah keluar dari leher Lara. Rebah dia ke atas lantai di sisi suaminya.

"Melia..." itulah kata terakhir yang disebutnya sebelum memejamkan mata. Mungkin sudah waktunya untuk dia meninggalkan dunia Veans. Waktunya sudah sampai. Selamat tinggal Veans...

Vegro dan Quest meninggalkan mereka berdua. Mereka terbang ke atas langit seperti tidak berlaku sesuatu. Jelas kelihatan dari riak wajah mereka ada senyuman. Seperti dunia ini sudah menjadi milik mereka. Dalam hati mereka sudah tertawa dengan riangnya. Selamat tinggal NormanLara ucapnya dalam hati.

Stawberi Coklat - Bab 1


CEPATLAH, beb

Ayu Sofea mencemik malas. Beg jenama Gelato sudah diberikan kepada Nadia. Dia menunduk melipat seluarnya hingga paras paha. Rambut pula disanggul tinggi. Jari diletup beberapa kali.

“Tak payahlah nak tunjuk cool sangat, kau panjat pagar aja pun” cebik Nadia.

Tanpa menghiraukan kata-kata Nadia, Ay uterus melompat dan memanjat ke atas pagar. Sebaik sahaja kakinya mendarat, cepat sahaja dia mencapai botol mineral dan terus mengetuk kepala Nadia menggunakan botol mineral. Rasakan!

“Wei, kau ni apahal?! Aku usik sikit pun dah sentap” Nadia mengosok-gosok kepalanya yang menjadi sasaran Ayu.

Ayu menjeling geram. “Fifi mana?”

“Ah, biasalah minah tu…pergi dating

“Syoknya dia pergi dating tak ajak kita”

“Buat apa nak ajak kau, buat kacau adalah. Dah, jom aku malas nak dengar ‘makcik-makcik’ membebel pagi buta ni…buat hilang mood aku jerr” Nadia mengutip begnya di atas rumput. Kemudian mereka berdua bergerak menuju ke koridor belakang kolej. Bunyi tapak kasut diperlahankan. Takut-takut ada yang sedar akan kehadiran mereka.

“Kau rasa kali ni kantoi tak?” bisik Nadia.

“Kalau kau tak bising tak kantoi punya” balas Ayu dalam keadaan berbisik. Langkah dimajukan ke hadapan, “Aku chaw dulu, jumpa kau kelas kat kelas nanti” ujar Ayu sebelum berlalu pergi untuk ke kelasnya. Kerana pada pagi ini sahaja mereka berdua berlainan kelas, sementara aja pun.

“Ok”

Ayu berlari menuju ke koridor sebelah kanannya. Di mana menempatkan lecturer theatre. Jam tangan dibelek, masih menunjukkan 7.57 pagi. Bermakna ada 3 minit saja untuknya pergi ke kelas. Kalau tak, sedia-sedialah mendengar bebelan dari ‘makcik’ tersayang!

Laju kakinya melangkah. Bila kakinya melangkah laju, hampir saja dia terjatuh kerana ikatan tali kasut sneakersnya terlepas. Ayu merengus. Time-time macam nilah kasut aku ni buat hal. Cepat tangannya mengikat tali kasut. Tiba-tiba…

Buk!

Terasa sakit bila dilanggar begitu saja. Aku mendongak. “Hoi, buta ke?” jeritnya. Lelaki yang melanggarnya.

Amboi, cari gaduh nampak!

Ayu sekali lagi mencapai botol mineralnya. Lelaki yang tidak jauh daripadanya itu dibaling menggunakan botol mineral. Sekali…

Buk!

Tepat pada sasarannya. Adnil menoleh, dia menggosok kepalanya. Ayu melangkah mendekati Adnil. Nafasnya sudah turun naik menahan api kemarahannya.

“Kau ni buta ke apa? Aku besar-besar tercongok kat sana pun kau tak nampak? Hah?!” marah Ayu. Adnil menunduk diam.

“Ma…maaf…saya…saya tak…sengaja” Adnil masih menundukkan kepala. Takut dia melihat wajah Ayu yang sedang marah. Lagipun memang salah dia.

Sempat juga Ayu memandang Adnil dari atas hingga ke bawah. Mamat ni tak pernah aku jumpa, orang baru ek? Ada bajet juga…tapi sayang…dia bukan type aku.

“Maaf-maaf, tu je yang kau tahu?” cebik Ayu. “Aku luku sekali kang!” Ayu menunjukkan buku limanya. Geram melihat Adnil yang langsung tidak memberi tindak balas.

“Adnil!” jerit Fern dari jauh. Segera dia membuka langkah menghampiri Adnil apabila terlihat sosok tubuh Ayu Sofea.

“Kau okey? Tak apa-apa?” soal Fern sambil membelek-belek tubuh badan Adnil Adnil pula mengerutkan dahi. Apa kena?

“Okey je…” balas Adnil perlahan.

“Apa kau ingat aku hentam dia? Hei, kalau tak sebab kau yang datang dia ni dah masuk hospitaltahu. Lagipun aku tengok dia ni lembik, tak nak aku!”

“Ayu!” herdik Fern. Terkejut Adnil jadinya.

“Apa?! Nak marah aku? Hah! Cubalah!” marah Ayu. Ada hati nak marah aku!

“T-t-t-taakkk….” nafi Fern. Fuh, nasib baik tak terlepas kalau tak dah makan buku lima aku…nasib-nasib…

“Eee…geli aku tengok kau orang berdua ni, sotong ke?” sempat lagi Ayu mengusik sebelum meninggalkan Adnil dan Fern berdua. Malas hendak melayan orang sotong! Lembik.

“Kau betul-betul tak apa ke?” soal Fern lagi. Adnil menggeleng sambil mengerutkan dahi. Pelik dengan pertanyaan Adnil. Lagipun dia pelajar baru di sini, langsung tidak tahu menahu tentang kolej ini.

“Aku nak beritahu kau, hati-hati dengan Ayu Sofea tu. Kalau kau terserempak ngan dia lagi cepat-cepat lari, kalau tak…sedia-sedialah…” ujar Fern.

“Ayu Sofea?”

“Yang tadi tu…” Adnil angguk kepala. Ayu Sofea, cantik tapi…sayang mulut dia berbisa.

“Dah jom” ajak Fern. Mereka berjalan beriringan menuju ke lecturer theatre. Tidak mahu dia merosakkan 
mood Adnil yang semangat untuk menghadiri kelas pertama pada semester pertama dalam tahun baru. 
Lagipun ini tahun terakhir mereka sebelum menamatkan pembelajaran tahun ini.



SEBAIK sahaja kakinya melangkah ke cafeteria sudah kedengaran bunyi riuh-rendah pelajar-pelajar kolej itu. Matanya melilau mencari tempat kosong. Nampaknya semua sudah dipenuhi. Tanpa sengaja matanya tertancap pada tiga orang gadis yang rancak berbual. Sudah tahu siapa salah seorang daripada gadis-gadis itu. Malas hendak memikirkan lebih baik dia mencari tempat kosong.

Di satu sudut yang terpencil, Adnil melabuhkan punggung di atas kerusi. Beg diletakkan di atas meja. Buku berbahasa inggeris setebal 3000 muka surat dibelek. Dia mula membaca setiap ayat. Terus masuk ke dalam otak. Buku tebal memang makanannya, boleh habis dalam satu hari. Sebab itu, uminya siap menyediakan sebuah bilik khas untuknya ketika menuntut di US.

Sudah lima tahun dia menuntut di US, sejak sekolah tinggi lagi. Tapi entah kenapa tahun ini hatinya tergerak untuk berpindah ke tanah airnya. Bila tiba disini, rupa-rupanya umi dan abi sudah siap menyediakan sebuah rumah tiga tingkat. Kata uminya, lebih baik tinggal dirumah sendiri daripada di penthouse. Lagipun jarak antara kolej dan rumahnya tidaklah jauh sangat.

Bila tiba sahaja di kolej pagi tadi, terus dia dikenalkan kepada Fern. Mula-mula dia ingat Fern ini dari Thailand, rupa-rupanya itu hanya sekadar gelaran bagi nama Fariq Hakim. Lagi-lagi dia terkejut bila tanpa sengaja dia terlanggar seorang gadis. Punyalah takut dia! Fuh!

Adnil mendongak kepalanya, dia memandang Ayu Sofea sekilas. Memang dikatakan wajah Ayu Sofea memang cantik, boleh membuatkan tak tidur malam. Siapalah lelaki yang bertuah itu nanti!
Bila dia senyum, orang yang tak kuat iman pun boleh terjatuh! Aura dia kuat sangat. Nasib baik aku ni bukan jenis yang macam tu.

Hye, Ayu!” Adnil tersedar dari lamunannya tadi. Lantas dia mengalihkan pandangan kea rah seorang gadis yang tiba-tiba menyapa Ayu. Ayu pula menayangkan cebikan. Siapa dia?



AYU mencebik malas bila kelibat Lydia muncul di depan mata. Sakit matanya melihat Lydia Gaga yang tergedik. Gincu sudahlah tebal, eyshadow dia macam kena lebam, bedak dia pula persis seperti opera cina. Huh, gediknya!

“Nak show off Prada dialah tu” bisik Nadia. Mata Ayu automatik tertancap pada beg Prada milik Lydia. Memang! Siap gantung kat lengan pulak tu! Daa!

“Kau nak apa?” soal Ayu kasar. Lydia selamba melabuhkan punggung berhadapanan dengan Ayu Sofea. Fifi merengus marah. Suka-suka hati dia jerr ambil port sebelah aku…

“Alah, relakslah you. I dah lama tak jumpa you, rindulah nak borak” Lydia bersuara manja. Hendak muntah Ayu mendengarnya. Lagi satu, sejak bila dia pernah berborak ngan Lydia Gaga ni? Nak tengok pun dah nak muntah! Uweekkk!

“Kau jangan merepek boleh tak? Kalau kau saja nak bertekak ngan aku, baik kau blah sebelum aku simbah kau ngan air coke aku ni” ugut Ayu sambil tangan memegang tin coke yang masih berisi.

“Eee…sombongnya you. I datang jumpa you just nak beritahu yang I pergi Paris tahun lepas beli beg ni. Prada tau!” bangga Lydia berkata sambil menunjuk-nunjukkan beg Prada yang tersangkut di bahunya.

Ayu, Nadia dan Fifi menjeling geram. Orang tak tanya pun!

Beb, kau bantai dia ni” bisik Ayu ke telinga Nadia. Nadia tersenyum nakal. Dia merenung beg Prada milik Lydia, timbul satu idea untuk mengenakan Lydia.

Kita tengok siapa mangsa hari ni!

“Eh, betul ke? Cantiknya…” Nadia berpura-pura menyentuh beg Prada itu. Lydia tersenyum bangga. “Original ke ni Lydia? Manalah tahu kot made in China

“Eh, mestilah…mahal tau I beli”

“Betul ke? Cuba I tengok, nak test original ke tak” Nadia menguntum senyum palsunya. Tanpa berfikir, Lydia lantas menyerahkan beg Prada di tangannya. Lydia pula berpura-pura membelek beg Prada itu. Zip beg dibuka dan…

Kreeek!

Beg Prada dikoyak dengan sekuat hati Nadia. Ayu dan Fifi menahan tawa. Lydia sudah terlopong. Terkejut. Pelajar-pelajar yang tadi sibuk dengan hal masing-masing tiba-tiba menumpukan perhatian kepada Lydia dan Nadia.

How dare you!!” marah Lydia.

Oopps! Betul-betul original lah ni…” ujar Nadia sambil menunjukkan riak yang tidak bersalah. Lydia merampas beg Prada dari genggaman Nadia.

“You!” tunjuk jari hantu Lydia. Dia marah dan sudah panas!

What?” kali ini Ayu menampilkan diri. “Kenapa? Nak tampar? Nak marah? Silakan…Aku tak kisah…tapi kau tahu apa akibatnya”

Ayu menarik rambut Lydia supaya lebih mendekat dengannya. Dia mendekati telinga Lydia, untuk berbisik. 
“Ada aku kisah kau beli beg baru? Hah?! Kalau kau cari masalah lagi ngan aku, nahas kau!!” bisik Ayu dengan nada perlahan tapi bagi Lydia itu adalah ugutan.

Sebaik sahaja Ayu menghabiskan kata-katanya, terus Lydia mengangkat kaki. Dia tahu, ini bukan kali pertama dia bersikap sebegini sudah imun dia dengan ugutan Ayu. Tapi itulah sikap dengkinya, selalu iri hati dengan apa yang ada pada Ayu.

Bye bye, Lydia Gaga” sempat lagi Nadia mengusiknya. Nadia dan Ayu kembali ke tempat duduk. Tapi ada sesuatu pelik, bila mereka melihat disekeliling. Semua orang memandang mereka. Ada yang takut, ada yang mencebik. Ayu menjadi berang.

“Apa tengok-tengok? Beg kau orang tu nak kena koyak juga?!!” tengking Ayu. Terus semua pelajar mengalihkan pandangan mereka. Takut dengan ugutan Ayu. Ayu mencebik geram.
Tahulah aku cantik, tak payahlah tengok-tengok…




ADNIL yang sedari tadi memerhatikan aksi pergaduhan koyak-mengoyak beg, sedikit terkejut. Tidak sangka mereka sekejam itu, tak lah kejam sangat. Koyak beg saja pun. Tapi memang tak patut diorang buat macam tu, tu kan harta benda orang. Dan tetapi juga, memang perempuan gedik tadi tu salah. Siap show off beg  lagi.

Hmm…kalau angah dan along tengok gerenti diorang join sekali. Bukan dia tak tahu yang angah dan alongnya itu. Lebih parah kot!

Adnil membelek jam tangan jenama Rolex. Sudah petang, rasanya sudah tiba masanya untuk pulang ke rumah. Lagipun angah nak singgah sekejap. Lebih baik dia beredar dulu.

Adnil berdiri lalu mencapai beg dan bukunya. Tanpa menghiraukan orang lain, terus dia berlalu keluar dari kolej itu.





SELESAI sahaja mengerjakan solat asar, Adnil turun ke tingkat bawah. Badannya direbahkan ke sofa Cleopatra. Alat kawalan jauh dicapai. Muncul cerita seram vampire di kaca TV. Aduh, sudahlah dia anti sangat cerita seram ini. Lagi-lagi mengenai vampire. Okey, cuba saja. Dia mula tekun menonton setiap scene yang ditayangkan. Muncul saja scene vampire keluar….

Tiba-tiba terdengar pintu dikuak dari belakang. Adnil sudah merasa dingin sejuk. Dalm hati dia sudah sedia membaca kalimah Allah. Bantal kecil disebelah dicapai, dipeluk kuat-kuat. Matanya dipejamkan.

Husshhh” suara itu jelas kedengaran di telinga kirinya. Adnil masih lagi memejamkan matanya. Rapat.

Huussshhh” sekali lagi bisikan itu kedengaran.

“Akuuu….naakkk….darahhh…kauuu” Adnil geleng kepala. Tangannya sudah mengigil ketakutan.

“Jangann…aku nak hidup lagi…jangann” menggigil suaranya.

“HAHAHA” tiba-tiba kedengaran pula ketawa seorang perempuan. Adnil merasa pelik. Macam kenal saja tawa itu. Lantas dia membuka mata dan menolah ke belakang.

“Angah!” marah Adnil Angahnya sudah enak mengetawakannya. Kurang asam punya kakak! Adnil mencebik geram.

“HAHAHAHA” terbahak-bahak Adriana mentertawakan adiknya. Lucu melihat aksi adiknya yang ketakutan itu.

“Gelak-gelak. Gelaklah puas-puas” cemik Adnil. Terus dia menukar rancangan yang lain. Tak semena-mena aku jadi bahan gelak angah!

“HAHAHA, lawaklah dik. Lembik betul kau ni. Vampire tu punyalah hot” Adriana melabuhkan punggung bersebelahan adiknya.

“Bila angah sampai?”

“Tadi dah. Angah tertidur, tu yang tak sedar Anil dah balik” Adriana merampas bantal kecil dipelukan Adnil. Adnil hanya membiarkannya. Sudah jadi hobi angahnya, merampas apa yang ada di tangannya.

“Dik, makanan kat peti ais tu kosong. Pergilah 7E kejap. Dekat je pun…pergi-pergi” Adriana menolak-nolak bahu Adnil. Memaksanya untuk pergi. Adnil mendengus geram.

“Angah lah pergi. Angah kan perempuan…” rungut Adnil.

Adriana sudah berapi. Pantang dia bila orang tidak mengikut arahannya. Dia memegang kepala Adnil, kemudian memeluk kepala itu dengan ketiaknya.


“Oh, tak nak pergilah ni. Hah, tak nak pergi?”

“Angah! Apa ni?! Lepaslah…” Adnil sudah tidak berdaya untuk bernafas bila kepalanya di peluk begitu.

“Nak pergi ke tak?” ugut Adriana.

Pufff. “Yalah, Anil pergi” akhirnya mengalah juga. Terus dilepaskan pelukan itu. Adriana tersenyum senang. Adnil mencemik bibir.

“Ni baru adik angah, meh sini kiss dulu” Adriana memuncungkan bibirnya. Lantas Adnil meninggalkan kakaknya dengan cebikan. Bajet cantiklah sangat!

Huh, ingatkan aku yang bongsu ni akan dibelai kasih…jangan haraplah! Makan hati aja.



ADNIL berjalan pulang ke rumah sambil ais krim potong di mulut. Rasa-rasanya sudah lama dia tidak menikmati air krim potong ini sejak berpindah ke US. Seingatnya, lima tahun lalu. Baru sedar, sudah lama dia tidak menziarahi neneknya di kampung. Rasa rindu pula.

Ais krim dikunyah. Langkahnya dimajukan. Sekilas dia memandang pemandangan disekelilingnya yang seakan-akan berbeza dengan kampung halamannya di US yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan tinggi. Tapi kat sini apa kurangnya.

Buuk!

Adnil terkejut, automatik langkahnya terhenti. Terasa sakit di bahagian belakang kepala. Cepat tangannya mengosok. Ah, mungkin ada yang gugur kot. Terus dia memajukan langkahnya.

“Hoi!”

Kedengaran suara jeritan dari belakangnya. Mungkin orang lain kot. Tanpa rasa risau Adnil tersenyum melihat pemandangan yang segar di waktu petang itu.

“Hoi!” sekali lagi kedengaran jeritan itu. Dia menghiraukannya lagi.

Buuk!

Sekali lagi kepalanya dihumban dengan batu. Terus dia menoleh ke belakang. Terlopong mulutnya apabila melihat sosok tubuh yang berada di hadapannya.

“Kau ni pekak ke buta? Hah?!” marah Ayu. Geram dia bila Adnil langsung tidak memberikan tindakan.

Adnil masih lagi terpaku. Penampilan gadis itu diteliti dari atas ke bawah. T-shirt biasa dan seluar track? Tadi kemain dia pakai lawa-lawa…

“Tak payahlah tenung aku macam tu…aku tahu aku cantik” Adnil mencebik.

“Aku haus. Belikan aku coke. Cepat!” tiba-tiba saja Ayu memberikan arahan. Adnil masih lagi tercengang.

“Wei, belikan aku coke lah!”

Adnil menadah tangan.

“Apa?”

“Duit?”

“Mak ai, kedekutnya kau…sedekah lah sikit. Bukan main berat lagi plastik beg kau tu” perli Ayu. Aku mintak belikan coke pun dia nak berkira, bukannya aku minta Ducati.

Terus Adnil berlari ke 7E. Takut nanti dia dilayangkan penumbuk percuma. Tak ke naya tu?!

Beberapa minit kemudian…

“Nah” Adnil menyerahkan tin minuman yang baru saja dibelinya. Tercungap-cungap dia berlari kerana ingin 
cepat.

“Kau tak pernah minum coke ek?” tanya Ayu pelik. Adnil mengerutkan dahi.

“Tak”

“Patut” cemik Ayu. “Ke kau tak pandai membaca? Nak aku ajar?” soal Ayu lagi.

Makin bertambah kerutan di dahi Adnil. “Kenapa?”

“Kau tengok betul-betul tin minuman ni” tunjuk Ayu. Adnil terut merenung tin minuman yang baru sahaja diserahkannya.

“Ni pepsi bahlul, aku nak coke. Coco Cola!” herdik Ayu. Sengaja ditekankan ayat terakhir itu. Orang zaman apalah dia ni.

“Cepat tukar!” terus Adnil berlari semula ke 7E untuk menukar tin minuman. Lagipun harganya sama. Tukar ajapun.

Beberapa minit kemudian…

“Nah” Adnil sudah tidak tahan. Dia melabuhkan punggung ditepi jalan. Begitu juga Ayu. Tin Coke dibuka. Kemudian diteguk rakus. Habis satu tin.

“Punyalah lama kau pergi tukar. Ke baru nak buat tin besi?” perli Ayu. Adnil mencebik. Bukannya nak kata terima kasih, perli aku pulak!

“Siapa nama kau?” tiba-tiba Ayu melontarkan soalan kepadanya. Adnil mendongak memandang Ayu.

“Adnil Zariff. Panggil Adnil jerr

“Kau tahu nama aku kan. Kau tinggal kat mana?” soal Ayu lagi.

“Kat rumah warna coklat tu” Adnil menunjukkan rumahnya. Mata Ayu mengikut yang ditunjukkan oleh Adnil.

“Hmm” Ayu angguk kepala. “Aku caw dulu. Oh ya, ‘kereta api’ kau terturun. Maaflah aku dah nampak boxer kau. Lain kali jaga, nanti aku serang nanti kau, kau juga yang susah. Kena kahwin juga…” sengih Ayu selamba sebelum meninggalkan Adnil.

Adnil mengerutkan dahi. Kereta api? Dia memandang seluar jeansnya. Terturun! OMA! Macam mana aku boleh tak sedar? Anak dara pula tu yang tengok, jatuh maruah aku! Aaah…